Sunday, October 11, 2009

Penglibatan Dalam KUSPID Marang

Puan Fatimah@Zainab juga merupakan seorang ahli kepada KELAB USAHAWAN SOSIAL PUSAT INTERNET DESA MARANG atau lebih dikenali KUSPID Marang. Beliau kini aktif dalam aktiviti dan program yang dianjurkan oleh pihak PID Marang. Terutamanya yang berkaitan dengan program keusahawanan. Beliau menghasilkan produk berasaskan makanan tradisional iaitu baulu dan akok.

Penglibatan beliau dalam KUSPID Marang ini juga merupakan salah satu aspek promosi untuk produknya. Justeru promosi ini dapat meluaskan lagi pasaran dan permintaan terhadap produk keluarannya iaitu baulu dan akok sedap. Sekaligus dapat mempopularkan lagi makanan tradisional ini yang kian ditelan arus permodenan.

Antara Aktiviti KUSPID yang Pernah Diikuti :-
  1. Aktiviti-aktiviti Sempena GEW'09
2. Bengkel Portal E-Services

3. Bengkel Pembinaan Blogs

Wednesday, October 7, 2009

SEJARAH KUIH AKOK

Kuih akok merupakan sejenis kuih tradisional yang popular di Malaysia khususnya di Pantai Timur iaitu Terengganu dan Kelantan. Kuih akok biasanya berbentuk bujur, berkedut dan mempunyai rasa yang agak manis. Kuih akok agak melekit dan dimakan begitu tanpa tambahan bahan lain. Kuih akok biasanya tidak tahan lama dan perlu didinginkan untuk simpanan yang lebih lama.

Kuih akok diminati sepanjang bulan Ramadhan kerana kuih akok sesuai dijadikan juadah untuk berbuka puasa. Rata-rata kuih akok ini diminati semua peringkat umur. Kuih akok ini juga turut diminati oleh kaum lain contohnya kaum cina dan sebagainya.

PAKEJ HARGA BAULU SEDAP

Baulu Sedap dijual dengan harga yang berpatutan sesuai dengan harga-harga barang masa kini. Di sini saya sertakan harga Baulu Sedap bagi memudahkan pelanggan-pelanggan untuk membuat tempahan.

BAULU SEDAP:-

4 Biji = RM 1.00
100 Biji = RM25.00


KUIH AKOK :-

3 Biji = RM 1.00
100 Biji = RM 33.00

**Pembungkusan akan dipek mengikut tempahan yang dibuat

Tuesday, October 6, 2009

BIODATA DIRI

"Belum Cuba Belum Tahu".. Bermula dengan pepatah melayu tersebut Puan Fatimah@Zainab Bt Musa yang berasal dari Kampung Bukit Apit, Ajil, Hulu Terengganu nekad untuk mencuba mengusahakan perniagaan ini secara kecil-kecilan bagi memenuhi masa lapang.

Ibu tunggal kepada 5 orang cahayamata, 3 perempuan dan 2 lelaki terus mengusahakan perniagaan ini secara sepenuh masa selepas suami beliau meninggal dengan bantuan anak-anak.

Saturday, October 3, 2009

SEJARAH BAULU

Kuih Baulu ini merupakan kuih tradisional orang Melayu dari zaman dahulu. Masa dahulu untuk membuat kuih baulu mengambil masa yang lama dari kerja penyediaan adunan hingga proses pembakarannya.

Kuih Baulu telah menjadi menu utama di dalam hidangan masyarakat Melayu pada hari-hari perayaan atau pada majlis-majlis kebesaran, seperti Hari Raya dan Majlis Perkahwinan. Kemampuan menyediakan kuih bahulu yang baik dari segi rupa dan citarasa menjadi kebanggaan seseorang individu kerana ianya menjadi tumpuan kepada penggemar kuih bahulu.

Kami sering mendapat tempahan kuih bahulu apabila tiba musim perayaan atau apabila ada majlis keramaian.

PENGENALAN BAULU SEDAP

Selamat Datang ke Blog Baulu Sedap. Perniagaan Baulu Sedap diusahakan oleh Pn Fatimah@ Zainab Bt Musa. Beliau telah mengusahakan kuih Baulu Sedap ini secara kecil-kecilan dan mula mendapat sambutan baik yang memberikan beliau pendapatan lumayan. Baulu Sedap bukan sahaja terkenal di sekitar Kampung Sungai Serai, malah kampung-kampung lain juga.

Sehingga kini, Baulu Sedap menjadi pilihan dan mendapat sambutan apabila tiba musim-musim cuti sekolah serta majlis-majlis keramaian. Pelanggan yang mengemari rasa asli baulu yang dibakar secara tradisional menjadikan Baulu Sedap menjadi pilihan serta mendapat sambutan yang amat mengalakkan dan mula dikenali ramai.

Selain kuih baulu Pn Fatimah juga turut membuat kuih akok. Namun kuih akok hanya dibuat sekiranya ada tempahan dari pelanggan sahaja memandangkan permintaan kuih akok adalah bermusim.